Wednesday, December 10, 2008

Datuk Zaid Ibrahim joins Malaysia Think Tank’s Advisory Board



----

Press Release

10 December 2008

 

 

Datuk Zaid Ibrahim joins Malaysia Think Tank's Advisory Board

 

The Malaysia Think Tank (MTT) today announces the appointment of Datuk Zaid Ibrahim into its advisory board.

 

Datuk Zaid Ibrahim, a lawyer by training, founded what is now one of Malaysia's most successful law firms in 1987.  He was elected an MP in 2004, but despite vacating his seat for the 8 March 2008 elections he was elevated to the Senate to be appointed a Minister in the Prime Minister's Department in charge of legal and judicial reform.  He resigned six months later after the government invoked the Internal Security Act on three civilians.  In October 2008 he established the MyFuture Foundation to encourage young Malaysians to explore each other's cultures, build and forge relationships.

 

Commenting on his appointment, Datuk Zaid says:

 

"I am grateful for this opportunity to contribute to the Malaysia Think Tank.  These young activists are trailblazers in advocating liberal democracy in Malaysia within the framework provided by our Federal Constitution and the vision of our founding fathers.  I will do what I can to help this unique organisation."

 

Welcoming Datuk Zaid, 'Abidin Muhriz, Director of the Malaysia Think Tank says:

 

"We're thrilled that Datuk Zaid is joining us.  He has long been one of Malaysia's top lawyers and his experience in government will be a valuable asset to us in communicating our ideas to policymakers.  He is not afraid to speak his mind and we look forward to his input."

 

The Malaysia Think Tank's mission is to encourage the adoption of the principles of free individuals, free markets, limited government, and the rule of law in Malaysia. The MTT is a non-partisan and not-for-profit organisation based in Kuala Lumpur, with a branch in London. Its operations are funded by grants and private donations.

Ends

 

Notes to Editors


1. For interview please contact Wan Saiful Wan Jan via email wansaiful@malaysiathinktank.org or telephone +44 (0)7920 132233 (UK number)

2. Further information about the Malaysia Think Tank can be found on http://waubebas.org/ms/node/74

 
 
-----------------------
 

Kenyataan Media

10 Disember 2008

 

 

Datuk Zaid Ibrahim sertai Lembaga Penasihat Antarabangsa Malaysia Think Tank

 

Datuk Zaid Ibrahim hari ini diumumkan sebagai ahli terbaru Lembaga Penasihat Malaysia Think Tank.

 

Datuk Zaid Ibrahim merupakan seorang peguam ternama. Firma guaman yang beliau tubuhkan pada tahun 1987 kini merupakan antara yang paling berjaya di Malaysia. Beliau dipilih sebagai sebagai ahli parlimen pada tahun 2004. Walaupun beliau tidak bertanding dalam pilihanraya 8 Mac 2008, Datuk Zaid telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan seterusnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap sistem perundangan dan reformasi institusi kehakiman. Datuk Zaid meletakkan jawatan enam bulan kemudian setelah kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap tiga rakyat awam. Pada bulan Oktober 2008 beliau menubuhkan MyFuture Foundation yang bertujuan untuk menggalakkan generasi muda daripada pelbagai kaum di Malaysia mempelajari budaya satu sama lain dan juga membina hubungan baik yang merentas batasan bangsa dan agama.

 

Mengulas perlantikan beliau, Datuk Zaid berkata:

 

"Saya gembira dengan peluang untuk membantu Malaysia Think Tank. Para penggerak Malaysia Think Tank merupakan aktivis-aktivis muda yang iltizam dengan usaha memperkukuh demokrasi liberal di negara kita mengikut kerangka Perlembagaan dan juga berteraskan visi para pejuang kemerdekaan yang awal. Malaysia Think Tank merupakan organisasi yang unik dan saya akan cuba membantu sebanyak yang mungkin."

 

'Abidin Muhriz, pengarah Malaysia Think Tank berkata:

 

"Kami amat gembira dengan penyertaan Datuk Zaid. Beliau merupakan pengamal undang-undang yang tersohor di negara kita dan pengalaman beliau dalam kerajaan pasti menjadi aset yang berharga untuk kami dalam menyampaikan buah fikiran kepada para pembuat dasar. Datuk Zaid tidak teragak-agak untuk menyuarakan pandangan beliau dalam banyak hal. Saya yakin MTT akan menjadi lebih kukuh dengan kehadiran beliau."

 

Misi Malaysia Think Tank ialah untuk menggalakkan penerapan nilai-nilai penting seperti individu merdeka, pasaran bebas, kerajaan terhad dan kedaulatan undang-undang di Malaysia. MTT ialah sebuah pertubuhan bukan berteraskan keuntungan non-partisan yang berpusat di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan di London. Operasi MTT dibiayai oleh sumbangan dan derma daripada pelbagai pihak.

 

Tamat

 

 

Nota:

1.   Perhubungan media: Wan Saiful Wan Jan (email: wansaiful@malaysiathinktank.org / tel (UK): +44 (0)7920 132233)

 

2. Maklumat lanjut mengenai Malaysia Think Tank boleh diperolehi di http://waubebas.org/node/73 

 

 

 

No comments: