Tuesday, July 07, 2009

Cornell & UPM Collaboration Launching (8th July, 3pm, UPM)


This Wednesday will mark a significant milestone between the partnership of my alma mater, Cornell University and UPM. Prof. Rosemary S. Caffarella from Cornell will be in UPM campus, to grace the occasion with YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil on the launching of CaRE (Cancer Information, Education and Support).

----

Dengan sukacitanya Y. Bhg Tan Sri /Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin /Prof / 
Dr./ Tuan / Puan di jemput ke Majlis Perasmian Pusat Sumber & Pendidikan 
Kanser (CaRE). Butiran majlis adalah seperti dibawah: 

* * 

*Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)* 

*Waktu : 3.00 – 6 petang* 

*Tempat : Dewan Kuliah Utama 
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, 
Universiti Putra Malaysia 
43400 Serdang, Selangor, Malaysia.* 



**ATURCARA * 

* * 

03.00 ptg - 03.45 ptg : Ketibaan Tetamu Jemputan 



03.45 ptg - 04.00 ptg : Ketibaan Naib Canselor UPM 



04.00 ptg - 04.05 ptg : Ketibaan Tetamu Kehormat 



04.05 ptg - 04.10 ptg : Nyanyian Lagu Negaraku & Putra Gemilang 



04.10 ptg - 04.25 ptg : Ucapan Aluan oleh Naib Canselor UPM 

*Y. Bhg Prof. 
Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah* 



04.25 ptg - 04.45 ptg : Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat 

*YB Senator 
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil* 

* * 

04.45 ptg - 04.50 ptg : Perasmian Pusat Sumber & Pendidikan 
Kanser (CaRE) 



04.50 ptg - 05.00 ptg : Penghargaan Rakan Usahasama 



05.00 ptg - 05.10 ptg : Persembahan Multimedia 



05.10 ptg - 05.45 ptg : Lawatan ke CaRE (showcases) 



05.45 ptg - 06.00 ptg : Jamuan Ringan 



Sukacita dipanjangkan jemputan ini kepada teman, keluarga, dan sesiapa 
sahaja yang berminat. Sila maklumkan kedatangan anda / tetamu lain *sebelum 
3 Julai 2009* dengan menghubungi: 

*Tel:** 03 8947 2706 (Cik Shida/Cik Fiza) / 03 8946 8529 / 03 8946 8572 atau 

*Faks:** 03 8947 2706 / 03 8941 2970* 

** 
** 
** 
*Apakah CaRE?* 

* * 

CaRE merupakan salah satu komponen inisiatif Cancer Information, Education & 
Support (CiES) yang dijalankan secara kerjasama oleh UPM, Cornell 
University, dan lain-lain rakan kongsi daripada sektor awam, swasta dan 
NGO. Inisiatif CiES bertujuan untuk mengumpul, memproses, dan menyebar 
maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai kanser kepada mereka yang 
berkaitan. Pusat 
Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) ditubuhkan sebagai satu pusat penyediaan 
maklumat, pendidikan dan sokongan kanser. Selain dijadikan pusat sumber 
maklumat, CaRE juga merupakan satu fasiliti dimana program-program sokongan, 
pendidikan, dan kesedaran diberi kepada mereka yang berkaitan dengan kanser 
dan orang awam. Antara perkhidmatan yang di berikan di CaRE ialah: 

1. Bahan-bahan pendidikan kanser 
2. Bilik sumber rujukan kanser 
3. Sokongan rakan sebaya oleh KanWork (Persatuan Kanser) 
4. Program pendidikan kanser 
5. Program kaunseling oleh kaunselor profesional 
6. Maklumat kanser secara "online" 

7. Direktori sumber kanser 

8. Perkhidmatan KanHelp Line oleh jururawat terlatih 

Mereka yang berhadapan dengan kanser / dan memerlukan maklumat mengenai 
kanser boleh mengunjungi kami di alamat di atas sepanjang waktu pejabat atau 
menghubungi kami melalui: 

1. Talian KanHelp Line +603 8947 2706 



*Mengapa anda perlu menghadiri Majlis Perasmian CaRE?* 

* * 

Disamping menyokong usaha memberi maklumat, pendidikan dan sokongan kepada 
mereka yang berkaitan dengan kanser, dengan menghadiri majlis di atas, anda 
dapat melihat sendiri kemudahan yang disediakan dan program-program yang 
dijalankan di CaRE. Anda juga berpeluang berjumpa dengan mereka yang turut 
terlibat dalam usaha ini seperti professional kesihatan, pesakit/survivor 
kanser dan keluarga mereka, penyelidik, wakil-wakil NGO, pendidik/agen 
"outreach"/pembangunan komuniti, rakan kongsi/sponsor, dan lain-lain yang 
terlibat dengan kanser secara langsung atau tidak langsung. 



*Jumpa anda di CaRE pada 8 Julai 2009 (Rabu) jam 3 petang di Fakulti 
Perubatan & Sains Kesihatan, UPM.* 


* Dr Nora juga dijemput hadir ke Majlis Perasmian CaRE. Minta kerjasama Dr. 
Nora untuk forwardkan jemputan ini kepada Cornell club di Malaysia. Prof 
Rosemary S. Caffarella dari Cornell University akan turut hadir pada majlis 
tersebut. 
Sekian terima kasih. 

-- 
Regards, 
Norsidawati bt. Abdul Gani 
Project Officer 
UPM-Cornell University Project (CaEd) 
Institute for Social Science Studies 
Universiti Putra Malaysia 
43400 UPM Serdang 
Selangor, Malaysia 
Tel/Fax: +603 8947 2706 

No comments: