Got this email from IDEAS mailing list.
Sukacita dimaklumkan bahawa www.AkademiMerdeka.org dengan kerjasama Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) mempelawa penyertaan untuk pertandingan menulis esei sepeti yang dinyatakan di bawah. Maklumat juga boleh diperolehi dari laman ini: http://ideas.org.my/2011/02/esei-ekonomi/ Topik utama "Jika dibandingkan dengan sistem ekonomi terancang berteraskan sosialisme, adakah sistem ekonomi liberal berteraskan pasaran bebas lebih serasi dengan nilai-nilai moral atau agama?" Malaysia kini sedang menjalani satu proses transformasi ekonomi. Melalui Model Baru Ekonomi (New Economic Model – NEM) dan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP), pelbagai usaha sedang dijalankan untuk membuka ekonomi negara agar menjadi sebuah pasaran yang lebih liberal. Semua ini dilakukan untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Usaha transformasi ini dilihat mempunyai sekurang-kurangnya sedikit perbezaan berbanding semangat pentadbiran ekonomi yang diamalkan di negara kita sebelum ini. Ada yang mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu usaha untuk merancang ekonomi negara secara berpusat. Perancangan secara berpusat (central planning) merupakan antara ciri utama sistem ekonomi sosialis. Sejauh manakah usaha meliberalisasikan pasaran selaras dengan nilai-nilai moral dan etika, atau nilai-nilai agama? Perbincangan boleh memfokuskan kepada hanya konteks moral dan etika yang tidak terikat kepada mana-mana agama, atau memilih mana-mana agama (tidak semestinya satu sahaja) sebagai topik perbincangan, atau kedua-duanya sekali. Para peserta dinasihatkan untuk merujuk kepada esei-esei Templeton yang telah diterjemahkan di sini atau esei-esei asal dalam Bahasa Inggeris di sini . Bagaimanapun, para peserta tidak semestinya menjadikan esei-esei ini sebagai rujukan. Hadiah Tempat pertama: RM2000 Tarikh tutup Semua esei mestilah diterima sebelum jam 3 petang, 15 Mei 2011. Cara menghantar esei Sila nyatakan di muka hadapan
dan hantarkan esei anda dalam bentuk Microsoft Word melalui email kepada esei2011@ideas.org.my Syarat penyertaan
Kriteria penghakiman Semua esei akan dihakimi berdasarkan tiga kriteria:
Maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Munirah Hayati Muhtar melalui emel munirah@ideas.org.my Pertandingan menulis esei ini dianjurkan secara bersama oleh www.AkademiMerdeka.org dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) |
1 comment:
the link is not working:/
Post a Comment